+ Bilik Kebal yg dah x kebal 
 

~ Tipahvogue Vol 1 ~
~ Tipahvogue Vol 2 ~


+ Do mail me at:
- tipahvogue@gmail.com



 
     
 
  + Lagu Pebret  
 

 
     
 
  + Bukutamu  
   
     
 
  + Sembang  
   
     
 
  + Geng  
  +Kroni+
Abg Ipar Achu Madulebah Langsat Mya Sepai Sempoii Purbe Attokz Mat Jan Poad Zhoulsz Mariah Zaida Kifly98

+Opismet+
Eita Sipar Orang Da'a Su Ayud Ali Mikail
+Idola+
Mak Andeh D'Arkampoo Sri Diah Kak Melah Kak Maya Cs Dona Sultanmuzaffar

+Respek+
Tok Rimau Wkdin Uncle EP MBA Abg Idham Kakngah Bluehikari Pak Wattan Tn Hj Supar Tokei Pajak Meertaro

+Adik2 Tercayang+
Shah Din Ardy Kurekuresakti Nixk Ezwan Abrar Dik El Mely Atoibolan Eisha Nildz4 Ana Yaabbana Afxzal PuteraKL Zuraien Zurie Cempakabiru Masy Pinat

+Akak2 Tercayang+
Kak Cassia Kak Ros Kak Zar Kak Melor Kak Adk Kak Aten Kak G Kak Ungkunor Kak Nina Kak Seri Kak Wynn Mommy Hazel Kak Akira Kak Nis Kak Ayaka

+Geng Geju+
Walinongsari Mushroomcute Mawar Cik Nana Net Amyz Yadziz OP Syati Salji Basrie ND Gnela Bajonz Nile Cill Khalil Ct_cute Lan E-1 Bandar Sepi Emma Spyz Ayares151 Mydinz Burn Cik Daun Mar Mie@Nordin Fajar Lenz Nazmi Pika Superdiman Salji DoBot Elmaaniq

+Blogger+
Pek Thong Banai Suriram Amrod Ady Bluheppo Edi Liza Syeikh Adnil Mykelisa Paichowan Aku^Ok Zuril Cik_embun Baecomot Ditri Cik Digha Na@bubble Zalwa Nurul Strawberryz Budakbunian June Zen Lapan Petz Kerepek Ubi Strawberryz1 Carriekirana Shuq Ucuwan Ija Ebliss Anoi Yui Dex Cik Lina Heldamelissa Rere Sifu Wizurai Acidmaisya Rosy Sangap Sabre Me Pdayos Rza Tulip Kema Edaleeja Hishh Haiza Embam Rem Koopai Babyberry Lil-Inaz Nonie Pee Bee Budak Sekolah Kak Shay Bukhari Cik Lina Ernisuhana Hisah Telortembakol

+Selalu jenguk+
Kawan karib Tuan Alang Faizal Andak Akutakreti Abg Mike Abg Apai Abg Leman Ap Laili Kelambu Dahlia Wunan Jubeiz Aku Pendeta Chenta Arcahijau En. Samsudin Khal/EDM Ayah Walids
 
     
 
  + Arkib  
 
 
     
 
  + Komuniti  
  geng jurnal
circles tipah
yahoo group tipah
circles jobat
circles futsal
friendscircle opisku
 
     
 
  + Papan Notis  
 

Kepahitan adalah nafas untuk setiap perjalanan!!!

Tic Tac Pah
 
     
 
  + Link Pebret  
   
     
 
  "...cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai..."  
     
online

 
 

Tuesday, September 12, 2006


Isk!

Hati aku masih tak tenang
Fikiran aku masih tak tenteram
Jiwa aku masih kelam
Masih huru-hara

Tetambah bila masuk ke blog sendiri
Dengar plak lagu Sheila On 7 tu
Bikin hati makin jadi sayu
Makin pilu

Tunggulah
Bila keadaan dah kembali seperti sediakala
Bila segala-galanya telah diselesaikan
Insya-Allah, aku akan update blog aku seperti biasa
Macam dulu-dulu
Atau mungkin, aku akan tutup terus blog ni
Gantung kibod
Hurmmm...tengok lah cane nanti

Doakan untuk aku ek
Weekend nih aku ada mid-term exam
Di JB
Walaupun aku langsung tak leh study
Tapi aku akan cuba juga jawab soklan2 yang diberi
Atau paling busuk pon
Aku tak gi kelas langsung :p
Padan muka aku

Dah la
Makin kusut arh idup aku
Aku nak rehat japs...

Nota kaki bangku: Time2 ceni, mula teringat mak kat kampung. Nak balik kampung! Nak jumpa mak! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!


Monday, September 11, 2006


Hari-hari sukar untuk aku....

Aku tak tahu macam mana harus aku luahkan. Aku tak tahu macam mana aku nak hadapi masa2 mendatang. Aku betul2 buntu.

Hari nih aku amek half day. Ikutkan hati nak cuti full day, tapi memandangkan kalau aku bertapa dalam bilik sesoang, maken terasa seksa hidup aku. Aku gagahkan juga diri aku datang ke opis.

Semalam, seharian aku bertapa dalam bilik. Bingung. Buntu. Sedih. Kecewa. Berdebar2. Tanpa secuit makanan, aku hanya mengalaskan perut aku dengan air 100 plus kegemaranku untuk memberi sedikit tenaga. Bantal dan tisu jadi peneman aku sepanjang hari. Sudah beberapa malam aku langsung tidur tak lena. Aku sakit kepala. Aku runsing.

Kenapa aku selalu diuji? Kenapa baru sekejap nak merasa bahagia, direnggut rasa duka yang bertandang? Tak layakkah untuk aku merasa kebahagiaan, sebagaimana orang lain rasai?

Sesungguhnya, aku tak tahu apa yang bakal terjadi. Aku redha dan pasrah dengan ketentuan-Nya. Jika itu takdir-Nya, aku rela. Jika itu kehendak-Nya, aku akur.

Sudah puas aku merayu, sudah puas aku memujuk, sudah puas aku memohon kemaafan, namun jalan didepan masih kabur, masih kelam, masih suram, masih tinggal tanda-tanya. Apa yang harus aku lakukan lagi? Apa yang patut aku buat? Aku buntu.

Nota kaki bangku: Mungkin sesuatu diluar jangkaan bakal berlaku. Tunggu dan lihat sajalah. :(


Friday, September 08, 2006


Sungguh siyulan kedamaian arh!


Ini ler gambo aku yang telah disonglap. Isk!


Alkisahnye, hari nih aku kena relief PA Timbalan Gabenor. Bila melepak kat bilik nih, aku tade keje, cuma jawab tipon jek. Nak dijadikan citer, aku sesaja google nickname aku, sekali termasuk ke dalam sebuah Textamerica yang memaparkan gambo2 yang agak separa kelucahan. Aiyooooh! Mak terkejut dek non oi!!

Bila aku baca komen2 yang dewang tulis, mendidih juga ati nih dibuatnye! Tapi tang bab puji-pujian tu, I suka you! Ahaksssss....

Nih antara komen-komen mamat dan minah saleh yang aku sempat copy paste:- (sila klik setiap gambo untuk paparan yang lebih jelas)









Sesuka ati dewang jek cilok gambo aku tanpa kebenaran, pehtu nak kutuk2 plaks! Ingatkan oang Melayu kita jek spisis takde keje, rerupanya mat saleh pon sama gak ek?! Isk!!

But alhamdulillah, bila aku dah mengamuk dalam website tu, dewang dah pon delete gambo aku dari simpanan dewang. Huh!!! Sungguh siyulan kedamaian arh!!!

Cik Tipah marah nih!!! Nampak dak asap kuar dari idong Cik Tipah?!?! :p

Nota kaki ayam: Dah banyak kali oang curik gambo aku, masuk dalam laman web yang bebukan, tapi sumernye terkantoi bila ada oang yang sudi kabo kat aku! Tapi aku still tak serik2 taruk gambo dalam internet. Abeh camno? Salah diri sendiri la kan? Huhuhuhu...



Bila kasih tak terbalas...

Sudah beberapa minggu tidur malam ku tak nyenyak. Sudah beberapa minggu tidur malamku bertemankan air mata. Sudah lama bengkak di bawah mata ku ini tidak surut.

Bosan sungguh bila berada di rumah. Aku paksakan diri pergi ke gym. Lakukan senaman. Namun, daya ketahananku semakin berkurangan. Jika dulu, aku mampu mengayuh basikal selama 1/2 jam, kali ini, nak bertahan hingga 10 minit pun aku tidak mampu. Saket dada masih terasa. Sesak nafas semakin kuat. Aku cuba melawan rasa kecewa. Aku terus menyeksakan diri dengan bermain badminton pula.

Penyeksaan diri sendiri tidak berakhir begitu sahaja. Aku sangkakan, bila badan terasa penat, pasti tidur malamku akan lena. Sungguh sangkaan ku meleset sama sekali. Sesak nafasku semakin menjadi-jadi. Aku tidak dapat melelapkan mata walau sepicing pun. Owh, seksa sungguh ku rasakan.

Ingin ku adukan pada kawan2, mereka punya masalah yang tersendiri. Ingin ku adukan pada keluarga, aku tak ingin susahkan hati mereka. Ingin ku adukan di dalam blog ku ini, malu rasanya. Jadi, hanya pada DIA tempat aku curahkan perasaan, meminta petunjuk untuk mencari jalan ketenangan.

Wahai vcd player ku, janganlah dikau merajuk hati lagi. Sudah banyak vcd2 cetak rompak yang telah aku beli di pasar malam untuk ditontoni sebagai peneman sepi. Aku merayu, janganlah dikau buat hal lagi. Tak sanggup rasanya hati ini melihat vcd2 cetak rompak tersebut terdampar sepi. Kasihanilah diriku ini wahai vcd playerku!! Uhukss..uhukkss..uhuksss

Nota kaki bangku: Jika kasih telah berubah, sayang telah hilang, bibir tidak mampu lagi berbicara....nada cinta dan rindu!

Nota meraban: Ntahapahapalah entry aku kali nih. Aku saket pala sebenornye! Sowi la yek. Huhuhuhu. Epi wiken!


Thursday, September 07, 2006


Posa yuk!!!

Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada Hari Khamis malam Jumaat (sebaik saja masuk maghrib), 08hb September 2006 (selepas maghrib pada hari 15 Sya'aban 1427H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah Kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri Kita untuk catatan yang baru.

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14hb Sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib).

Berikut adalah antara amal ibadah di Hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat Maghrib (15 Sya'aban, Jumaat malam)
Solat sunat Nisfu Sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, Jumaat malam)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman Dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x baca DOA Nisfu Sya'aban (Ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Jumaat)

Nota kaki ayam: Sekadar ingat-mengingatkan. :D


Wednesday, September 06, 2006


BNM Annual Dinner 2006 - Theme 'Around The World'

Photobucket - Video and Image Hosting
Dipintu masuk utama.


Ahad, 3 September 2006

Terpaksa bangun awal pagi (walaupon dah seminggu tak cukup tido), bersiap2 dan tunggu En. Zakie datang jemput kat umah. Mya tak join aku sebab dia mo gi ngan hubby dia ke Sunway Convention Centre (SCC) lewat skek. Sib baik la En. Zakie bermurah ati dan sudi menompangkan aku. Kalo idak, terpaksa bersusah payah naik turun tren untuk ke SCC tu. Huhuhu. Toche En. Zakie.

Singgah jap ke BNM, amek barang2 serta dokumen2 yang sepatutnya untuk dibawa ke SCC. Print out list kehadiran sumer staff dan buat salinan. Bawak gunting/pisau/pembaris untuk cabutan bertuah nanti.

Bertolak dari BNM jam 10.15am, sedangkan En. Kamari mo jumpa sumer AJK jam 10.30am. Apa lagi, En. Zakie pecut wira dia selaju mungkin. Aku kat sebelah gayat giler tapi tak berani nak bersuara sebab dah nama pon menumpang, kan? Huhuhuhu. Sampai ke SCC tepat jam 10.30am. Dasat giler arh En. Zakie nih. Isk!

Sesampainye ke sana, tak berapa ramai lagi AJK yang hadir. Hurmm. Aku buat keje pa pe yang patut dolu. Pehtu Suriyati datang. Ada la gak peneman dikala sunyi. Hahaha. Hanya kami doang jek AJK pompuan yang datang awal. So secara otometiknya En. Razak amanahkan aku check-in bilik hotel untuk AJK pompuan.

Lepas dah abeh briefing, buat keje pa pe yang patut, susahkan pihak hotel dengan permintaan itu ini, sharp kol 12pm, aku dan Su gi check-in bilik di Sunway Pyramid Hotel. Kami dapat bilik bernombor 5123. Time nih Odah dan Ita dah sampai. So, kami pakat2 gi Ironing Room, iron baju dinner memasing.

Dah setel iron, aku dan Su gi lunch. Pewot dah berdangdut sakan maaa. Pagi langsung tak bekpes. Odah dan Ita plak rest kat bilik. Penat baru balik dari men volleyball. Aku dan Su gi makan kat Lemongrass. Sedap banget nasi lemak dia walopon harganya mencecah RM 7.90 sepinggan. Huhuhu.

Lepas makan, naik jap ke SCC di tingkat 10, tapi bayang soang AJK pon tade. Hurmm. Pehtu kitoang pon balik bilik. Sesampai di bilik, tengok Mya, Hasifah dah ada. Emcee untuk dinner pon ada, Suhana. Borak2 japs, rehatkan badan japs.

Baru terniat nak qada' tido, tetiba Mya dapat call dari Ali, minta sumer AJK gi SCC sebab nak susun adiah. Aiseh, tak sempat mo rehat cukup2. Huhuhuhu. Penatnya! Pakai tudung, pehtu terus gi SCC.

Dah ramai AJK Hadiah yang berkumpul kat SCC rupanya. Ada Ida, Fay, Ali, Deva, Jono, Zalmi, Siti Mariam, Danial, Arif Erman, Hasmiron. Abg. Md Nor datang lewat. Kitoang pakat2 susun hadiah dan doorgift. Sekali lagi aku kena fikirkan pasal nombor. Erggh! Aku dan nombor memang tak dapat dipisahkan betullah. Hahahaha. Tapi aku tak kesah, bukan susah sangat pon nak susun nombor cabutan bertuah untuk dibahagikan kepada 4 kaunter.

Tengah dok wat keje, tetiba dengar Vince tengah buat sound check. Apa lagi, aku dengan selamba badaknye, lone ranger, gi masuk dalam hall, amek gambo Vince guna kamera hp aku. Tapi malangnya gambo gelap. Tercari2 gak si Mya, dia yang beria2 beno nak tangkap gambo ngan Vince, tapi dia tade la plak. Alahai Mya, rugi, rugi.

Kol 5pm, sumer AJK gi makan kat sebuah bilik khas untuk AJK jek. Aku cuma makan buah, sayur dan lauk jek. Tak sentuh nasi pon. Bila dewang tanya, naper tak makan nasik, aku pon jawab arh...

"Tadi aku dengan Su dah lapo gedik sangat, dah lunch kat Lemongrass dah pon."
"Hah!?!? Lapo gedik?!?!"
"Ha'ah, kalo lapo jek, terus jadi gedik."
"Hahahahaha..."

Start dari situ, asal nampak je sesapa AJK yang ala-ala gedik skek, kitoang istilah kan dia sebagai 'lapar', amek gambo 'lapar' la, boleh gitu? Ekekekeju...

Abeh makan kol 5.45pm, turun ke kaunter registration sat, tengok dan setel pa pe yang patot, pehtu terus balik bilik hotel untuk bersiap. Kol 6.30pm dah kena ada kat kaunter dah. Tapi bese la pompuan, mana pernah siap cepat. :p

Tepat jam 6.30pm En. Zakie dah call, soh turun sebab ada staff yang dah datang. Huh! Giler awal dewang datang! Aku mana siap lagi. Dah siap pon, tolong si Mariam touch up muka dia plak. Waktu tu, dalam bilik memang kelam-kabut giler, kecoh, padat dan sesak. Semua orang bersiap dalam satu masa. Berebut toilet, berebut cermin, berebut alat mekap. Hahahaha. Pompuan! Pompuan!

Photobucket - Video and Image Hosting
Barisan AJK Hadiah yang vogue2 gittew!! Tersepit ditengah awek2 cun - Ali


6.45pm baru aku turun. Ruang legar SCC dah ramai yang datang. Perghhh dewang nih, awal betul datang! Semangat giler arh! Aku dan Mya jaga kaunter Others, yang lelain lepak kat kaunter memasing. Tapi Mya ada gak gi tolong kaunter si Effa dan Abg Md. Nor. Aku tak mampu nak tolong sangat, penat dan sesak nafas masih terasa. Juz lepak kat kaunter Others yang tak berapa ramai manusia yang datang.

Di awal petang, kaunter tade la bz mana sangat pon. Orang datang pon sikit2. Maken jarum jam bergerak ke angka 8, orang makin ramai berpusu2. Di awal petang, aku ada gak la nampak muka Nizam (salah soang AJK Hadiah) di kaunter, tapi bila keadaan maken sibuk, bayang dia pon ilang. Awak gi mana aar Nizam? Monteng keje kah? Nih cane mo kira nih? AJK ke idak nih ek? Huhuhuhu.

Photobucket - Video and Image Hosting
Gambo peberet aku dan Mya. Aku suka giler tengok gambo nih. Chantek!! :p


Jam 8.30pm, aku dan Mya diiringi Apau, masuk ke bilik VIP, mengadap AG dan DG untuk gunting dewang punya lucky draw number. Masa kitoang terjongol kat depan bilik VIP tu, sumer mata2 memandang kami. Alermak, cuak giler dibuatnye! Huhuhu.

Pehtu aku dan Su, Mya dan Odah, gi ke meja Pengarah2 untuk cabutan lucky draw. Hsin Ying yang tukang key-in dalam pc. Lepas Governor berucap, kami ke meja VIP plak, untuk cabutan lucky draw yang kedua.

Dah setel tugasan utama kitoang, kami berkesempatan duduk kat meja makan department masing2. Aku ditempatkan di meja pengarah, tapi bos aku tade ari nih, dia gi obersis. So, yang ada cuma Kak Feez, Kak Efa, Eskandar, Mr. Chee, En. Idham. Sempat la aku makan beberapa hidangan chinese food. Pehtu bila tengok paparan skrin dah tayangkan nombor2 cabutan bertuah yang pertama, kelam-kabut aku gi kaunter hadiah plak, takut nanti ramai staff serbu.

Photobucket - Video and Image Hosting
Tengah bz wat keje.


Masa Vince perform, aku langsung tak berkesempatan nak tengok. Huhuhu. Frust! Frust! Tapi takpe, atas belas ihsan dan kerjasama yang cukup baek dari En. Razak, En. Nasir, Hsin Ying dan Sharil, maka aku dan Mya dapat juga bergambo dengan Vince. Yeay!!! Vince teramatlah hensemnye. Baek hati plak tu. Isk!! Aku juga berkesempatan tangkap gambo dengan kakak Vince yang sungguh cun dan comei itu. Owh, betapa chanteknya wajah dia! Terpesona daku memandangnya. Hahahaha. *Mantul*

Photobucket - Video and Image Hosting
Bersama Mya & Vince yang sungguh macho!

Photobucket - Video and Image Hosting
Bersama kakak Vince yang sungguh cung dan da' bomb!


Masa Ning perform, aku tinggalkan kaunter dan masuk melepak kat dalam hall. Duduk meja AJK yang betul2 tepi pentas. Dapat tengok Ning dari dekat. Yeay! She's not bad. Suara dia memang superb! Marvellous! Mantap! Yummy! Ada Umpphh! Hahaha. Body dia pon solid. Rasa2nya, aku plak yang lagi gemuk dari dia. Huwaaaaaaaaaaaaa!!!

Photobucket - Video and Image Hosting
Bersama Ning Baizura yang melethoppp!!


Masa Ning dah abeh perform, turun dari pentas, aku pangge dia, minta nak bergambo, dan Ning tanpa ada sifat sombong, telah dengan rela hati bergambo dengan aku. Terima kaseh untuk abang waiter yang sanggup tolong aku amekkan gambo kami berdua. Hehehe. Toche Kak Ning! I lap you very strong arh! Hahahaha.

Dah dapat bergambo dengan Ning, aku kembali ke kaunter dan teruskan kerja2 mengagihkan hadiah2 lucky draw kepada staf yang bertuah. Sempat bergambo dengan DG Ooi yang datang membuat lawatan. Dia puji kerja2 kami. Wah! Kembang-kempis betul rasanya idongku ini menerima pujian melangit dari DG Ooi. Hehehe.

Photobucket - Video and Image Hosting
Bergambo bersama DG Ooi (yang berdiri seblah aku tu)


Abeh buat keje bila jarum jam merangkak ke angka 2am. Mengantuk ya rabbi! Penat nauzubillah! Badan maken sengal2. Huhuhu. Balik bilik, bergambo 'lapar' dengan Mya, Su, Ida dan Odah. Mya balik gak malam tu, hubby dia datang jemput. Manakala, kami yang lelain tido hotel. Mata dah tak larat mo angkat maaaaaaa.

Neway, alhamdulillah. Aku bersyukur yang teramat bila dapat taw hanya ada beberapa masalah minor yang dihadapi dan dapat ditangani dengan cepat dan pantas. Masalah table arrangement pon tak timbul. Toche En. Zakie sebab banyak menyetelkan masalah2 yang aku timbulkan. Hehehehe.

Tawun depan, aku rela jika diajak untuk menjadi AJK lagi. Tapi jangan la mintak tolong aku buat table arrangement dah! I phobia you! Huhuhuhu. :p

Nota kaki ayam: Sampai disaat aku menaip entry nih, aku masih terasa sengal2 badan dan sesak di dada masih belum hilang. Giler tinggi tahap tensen aku rupanya ye! Huhuhuhu.


Tuesday, September 05, 2006


Wendunye kat blog!!!

Banyak yang aku nak coretkan hari nih. Sapa yang larat nak baca, sila teruskan. Sapa yang maleh mo baca, sila klik blog orang lain dengan kadar segera yang mungkin. Hehehehe. :D

Sabtu, 26/8/06

Jumpa Neeva di Sogo. Beli hadiah untuk anak Nana. Pehtu merayau2 tengok jualan sale yang maha hebat. Punya banyak menda yang buatkan aku terliur. Tapi tak semua aku beli. Aku cuma beli *tutt* dan sepasang kasut dengan menggunakan voucher RM 50 yang aku dapat masa lucky draw family day dulu.

Photobucket - Video and Image HostingLepas penat merayau, jumpa Ina plak! Dah lama giler tak jumpa minah nih sejak dia kawen sampai la dia dah moncet! Wendunye kat dia!! Gi lunch together. Aku banjer. (eerr...perlu ke nak mentioned mende tu? hehehe) Borak2. Seronok dengar pengalaman dia mengandung. Layanan Haris kat Ina tip top! Bahagia jek couple nih. Selamat melahirkan baby boy yang comei ye kawanku! Terasa kejap sangat jumpa Ina, dah terpaksa gerak gi umah Nana. Sedey sey masa nak berpisah ngan Ina. Huhuhu.

Photobucket - Video and Image HostingAku dan Neeva naik Star turun kat Pandan Indah. Pehtu menapak lak gi umah Nana. Nana offer soh laki dia datang jemput tapi aku tolak, kekunun mo exercise. Huh! Berpeluh gak la nak sampai ke umah Nana. Sesampai kat umah dia, aku dan Neeva terkejut bukan kepalang. Bentuk fizikal Nana berubah 100%. Adeh! Kuss semangat aku! Nana cukup marah bila aku nak amek gambo dia, tapi aku perdulik hapa kan? Hahahaha. Baby boy dia bernama Adam Aqil. Kecit comei jek. Lahir ikut 'tingkap' sebab terlilit tali pusat. Huhuhu. Ngeri aku dengar citer Nana. Seriau btoi! Isk! Pa pe hal pon, congratulation Nana. Selamat berjaga malam yek! Hehehehe.

Photobucket - Video and Image Hosting
Adam Aqil yang sedang nyenyak. Gambo blur sebab bonda dia tak kasik pakai flash untuk amek gambo anak dia. Isk!


Kol 4pm, kitoang gerak balik. Neeva balik Putrajaya, aku gi Pudu Raya. Beli tiket bas nak balik kampung. Tiket 30hb dah abeh, terpaksa beli tiket untuk tengahari. Isk! Pehtu merayau sesoang ke Kotaraya sementara tunggu Sepai datang. Gi gunting rambut merangkap cuci dan buat treatment skali. RM melayang2. Sepai geleng pala. Hahahaha.

Pehtu merayau2 ke pasar malam Jalan TAR. Sambar tudung sehelai. Makan soto. Pehtu terus balik umah. Tido.

Ahad, 27/8/2006

Seawal jam 9am, aku dan Sepai dah kuar umah. Gi gym BNM. Exercise sampai penat. Pehtu En. Zakie datang gegarkan gym, soh aku masuk opis cepat, banyak keje katanya. Huhuhuhu. Kelam-kabut gi mandi steam plak, bersiap2 dan hangkut Sepai gi opis.

En. Zakie amanahkan aku buat table arrangement untuk dinner nanti. Haiyoooh! Pening pala dibuatnya. Serabut! Berpinau2 biji mata. En. Jo belanja pizza. Toche En. Jo. Hehehe. Wat keje sampai kol 7pm. Sib baik Sepai sudi membantu. Hampir terkoma jugak la dibuatnya bila keje2 key-in data aku terclose tanpa sempat aku save langsung! Huwaaaaa. Giler trauma buat table arrangement tu. Isk!

Balik singgah Sogo, upah Sepai makan aiskrim McD. Pehtu memasing ikut haluan masing2. Sampai umah, mandi-manda segarkan badan jap, pehtu sambung wat keje2 table arrangement sampai kol 2am. Fenat lah fenat! Isk!

Isnin, 28/8/2006

Terbangun lewat, sampai opis, punch card merah. Huwaaaaaa! Kelam kabut setelkan pa pe yang patut. Kol 10am, wakil2 dari setiap department dah berduyun2 datang ke opis aku untuk buat cabutan nombor meja. Nasib baik la En. Marzuki tolong aku. Kalo idak, maunya aku pengsan kat situ gak. Huhuhu.

Aku ingat bila dah bagi nombor meja masing2, setel la masalah. Owh, rerupanya sangkaan ku sungguh meleset sama sekali. Baru 5 menet aku bertapa kat meja aku selepas sesi cabutan undi selesai, telefon aku berdering2. Tak dapat call extension, dewang call direct line aku. Penat aku nak menjawab. Sungguh aku tak suspect pelbagai masalah yang akan timbul. Nasib baik En. Zakie dah brief aku. Boleh gak la aku menjawab. Isk! Segala kerja2 aku tertunggak dek kerana penat menjawab telefon. Huhuhu. Ana fenin lah fenin lah! Isk!

Bila dah tak termampu sangat nak menjawab call, aku mintak dewang emailkan segala macam problem dewang ke email aku. Nah ko, tak sampai seploh menet, mailbox aku dah penoh. Dah nak meletop jadinya. Tak terbukak pon email2 tu. Adoih lar.

Lepas lunch, aku minta bantuan kecemasan dari Mya. Sib baik bos dia miting, so,dia leh eskepkan diwi dia dan datang bertapa ke opis aku sampai ke petang. Thanks Mya, really appreciate it!

Tipon terus berdering2 sampai ke petang. Sampai satu tahap, anak tekak aku perit giler. Suara pon tak terkeluar. Huhuhu. (Sham tipon aku sampai malam tuuuu...huwaaaaaaaa...zalim! Zalim! :p)

Muka En. Zakie muncul kat opis aku kol 6pm. Isk! Lambat btoi bantuan kecemasan sorang nih datang taw! Wat keje sampai pening lagi. Pehtu Mya mintak ijin balik awal sebab mo tengok Siti kawen. :D Tinggal aku dan En. Zakie yang terus-terusan buat keje2 yang terbengkalai dan memeningkan. En. Jo hulur duit, belanja dinner. En. Zakie tapaw kan McD untuk aku. Thanks bebanyak En. Jo. Sambung lagi wat keje. Tapi jam 8 lebih, En. Zakie plak mintak ijin mo balik. Jam 9.30pm, kepala aku dah 'hang'. Kemas meja, then terpaksa hangkut keje2 yang belum setel balik umah.

Sampai umah hampir jam > 10pm. Penat nauzubillah. Ikutkan hati aku nak terus tidur jek. Tapi bila terpandang kerja2 tertunggak, terpaksa la aku memandikan diri dan sambung buat keje sambel tengok persandingan CT. :p

Still masuk tido bila jarum jam mencecah ke angka 2am. Isk!

Selasa, 29/8/2006

Nak bangun tido rasa terseksa sungguh. Urat saraf dah tegang. Tulang belakang rasa perit teramat. Kepala rasa berat semacam. Tapi terpaksa gak gi opis sebab keje2 masih belum selesai.

Seawal jam 8.15am, telefon opis dah berdering2. Isk! Hari nih memang buat kerja dalam keadaan tertekan yang teramat sebab waktu malam, kitoang dah kena start print invitation card.

Aku anto email kat semua wakil department, minta dioang update final list staff yang akan hadir ke dinner nanti sebelum jam 5pm. Wat keje sesoang. Kol 6.30pm baru nampak batang idong En. Zakie dan En. Sharil. Minta bantuan kecemasan dari Kak Amirah untuk setup printer. Start print invitation card sebanyak 1980 keping jam 8.30pm.

Kebetulan officer2 department aku baru balik dari outstation, En. Jo belanja makan pizza sebanyak 8 ketul (large). Huhuhu. Besh2. Toche lagi skalik kat En. Jo. ;)

Aku juga minta bantuan kecemasan dari Jang (opismet Mya) sebab dia kesian tengok aku wat keje sesoang. Huhuhu. Terharu btoi rasa di ati. (Aku dapat taw, Jang balik keje kol 12 am. Lepak kat opis sesoang siapkan tugasan yang aku bagi. Sian dia! Isk!)

Waktu mau bersantap, Mya sampai ke opis dan tolong sambung print. Phew!! Lega japs. Abeh print jam 10.30pm. Toche Mya!

Keje tak abeh lagi taw. Aku terpaksa tapis lagi skali setiap meja ada berapa umat manusia yang akan duduk, takut terclash. Terpaksa bawak balik lagi keje2 yang belum siap ke rumah. Huhuhu. Tido lewat lagik!

Balik umah sampai dekat kol 11pm, mandi-manda, kemas beg baju untuk balik kampung dan setelkan keje yang terbengkalai. Still tido bila jarum jam hampir mencecah ke angka 2. Isk!

Rabu, 30/8/2006

Mood aku pagi nih dah swing semacam. Keadaan dalam opis memang serabut. Sampul surat tak print nama lagi, meja makan berterabur lagi, aku plak amek half day, so, nak kena siapkan apa2 yang patut sebelum aku blah. Minta bantuan Mya seawal pagi. En. Zakie dan En. Sharil pon bertapa kat meja aku dari pagi, tolong setelkan pa pe yang patut.

Bila dah kelam-kabut, tetiba ada la plak satu umat nih tipon aku, minta tambah staff dia yang tetiba nak join dinner plak. Terus aku hangen satu badan. Mana taknya, aku dah pesan dari semalam, aku hanya terima penambahan/pengurangan staff setakat jam 5pm semalam jek, alih2 mo tambah lagi. Pehtu siap nak memarah aku plak tu. Aku pon dah tertinggi suara kat dia. Last2 aku pass kat En. Zakie untuk setelkan hal tu. Maleh aku mo amek pot dah! Sesak nafas dibuatnya. Huhuhuhu. Pening melayan kerenah sorang2. Huwaaaaaaaaaaaaaaa.

Tepat jam 1pm, kelam-kabut aku gi stesyen Star Bandaraya, turun kat Plaza Rakyat. Abeh sumer orang kiri kanan aku rempuh. Bas 1.30pm maaaaaa. Giler laju aku jalan. Sengkak pewot dibuatnya. Sib baik bas tak jalan lagi.

Ingat boleh la qada' tido dalam bas, tapi pakcik seblah aku ajak berborak la plak. Dia guru besar kat sekolah di daerah Larut Matang. Suka kemain dia bila dengar aku buat part time study. Dia citer pengalaman masa dia belajar dolu, dari amek diploma sampai la ke master. Aku yang ngantok nih cuma mampu angguk dan senyum. Isk!

Sampai Taiping jam 5.30pm. Abang datang jemput. Dia beli motor TZM secondhand. Wah! Wah! Wah! Giler kerek abang aku dengan motor barunya itu! Aku yang membonceng terasa cam nak melayang2. Huhuhu.

Photobucket - Video and Image Hosting
Abang dengan motor TZM idamannya. Hehehehe


Sampai umah, terkejut tengok gerai makan di penjuru rumah. Mak kata, pagi dewang jual nasi lemak, petang jual cendol, bihun sup, mee rebus dan laksa. Bila aku bebel sebab mak dah tak larat nak masak, kenapa mesti nak susahkan diri dengan meniaga, mak sound aku blik...

"Nak harap anak2 hulur duit susah sangat. Silap haribulan, anak2 plak mintak kat mak abah sebab tak cukup duit nak makan."

Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Mak perli aku!!! Huwaaaaaaaaaaaaaaa!! I malu you!!! Isk!! Insaf! Insaf!

Tolong mak abah meniaga sampai ke malam. Tido lewat sebab berborak dengan mak dan abah pasal hal2 terkini. Wendu btoi kat mak dan abah.

Photobucket - Video and Image Hosting
Nih ler gerai di penjuru kawasan umah aku. Kalo sesapa yang balik Taiping tu, singgah2 le ke gerai aku tu ek! Ihiksssss


Khamis, 31/8/2006

Pukul 6am mak dah kejutkan aku. Mak tak sihat. Dia minta bantuan aku tolong meniaga nasi lemak. Terpisat2 jap mata nih dibuatnya. Takpelah, sian mak, aku korbankan jua masa tidur ku yang amat berharga itu. Uhukss.

Boleh tahan laku gak meniaga. Ramai yang datang. Kol 8am, nasi lemak dah abeh. Nak mintak mak masak lagi, tak sampai ati plak bila tengok mak terbaring jek. Huhuhu. Sian mak!

Aku amek alih tugas mak masak tengahari. Masak kat gerai. Sumer yang lalu lalang tanya kat aku, ada jual makanan yang goreng2 kah. Hahahaha. Ya ampun!!! Aku tak terer arh! Untuk anak tekak sendiri boleh lah. Ihiksss.

Sepanjang hari aku meniaga dengan bantuan abah. Alhamdulillah, boleh tahan la juga pendapatan yang kami perolehi untuk hari tu. Seronok betul meniaga. Layan kerenah budak2 yang datang nak makan cendol tapi tade duit. Aku yang pemurah nih, kasik dewang makan free jek! Hahahaha. Bankrap kalo selalu centu. Ya ampun mak! :p

Jumaat, 1/9/2006

Cam semalam, tolong mak dan abah meniaga lagi. Bila dah abeh jual nasi lemak, aku paksa mak bersiap. Aku bawak mak naik motor cabuk abah gi Klinik Penawar. Mak degil (cam aku gak), takut nak gi klinik. Kalo tak paksa, mak takkan gi klinik. Mak lebih rela terbaring kat umah daripada gi klinik. Kata mak, dia takut kena tahan kat wad. Takut kena cucuk. Alahai mak!

Bila doktor check tekanan darah mak, tinggi, mencecah hingga 194. Patutlah mak jalan gigil. Sampai satu tahap, mak langsung tak boleh bergerak. Mak tade tenaga nak berjalan. Sian mak. Jenuh aku pimpin. Masa nak balik, aku suruh mak peluk pinggang aku kuat2. Aku takut mak jatuh. Huhuhuhu. Risau betul rasa di hati. Harap2 mak cepat sembuh.

Malam, aku ajak anak buah aku, Amirul, temankan aku gi tapaw KFC. Abah suka coleslaw. Mak suka ayam guring. Dah lama aku tak belanja dewang. Rasa terharu bila tengok mak abah makan dengan penuh selera. (Ish, sebak lak rasa ati time menaip entry part nih. Uhuksss)

Sabtu, 2/9/2006

Ari nih mak dah nampak sihat sikit. Dia tak minta tolong aku meniaga pon. Tapi atas rasa tanggungjawab, aku bangun awal gak tolong pa pe yang patut. Mak suruh aku tido lagi. Mak kesian kat aku, balik kampung tak rest langsung. Tapi aku lagi sian kat mak, baru nak sihat dah kena buat keje. Isk! Sungguh aku rasa bersalah yang maha hebat sebab selalu menyusahkan mak dan abah sebelum nih. Huhuhuhu. Sedey arh!

Sepanjang pagi nih, mak dok tanya bila aku nak balik jenguk dia lagi. Aku bitaw mak, cuti aku cuma tinggal 4 hari jek lagi. Cuti tu untuk raya. Mungkin aku balik time raya jek nanti. Mak cam sedey jek tapi aku taw, mak paham situasi aku. Huhuhu. Sowi mak!

Jam 3.30pm, abang anto aku ke Kamunting Raya. Aku naek bas Konsortium untuk pulang ke KL jam 4pm. Sepanjang2 perjalanan, hujan mengiringi. Aku dalam bas dah beku dibuatnya. Sejuk tak hengat donia. Isk!

Sampai KL jam 8pm, janji dan jumpa Sepai kat The Mall. Merayau2 dan dinner kat Rafflesia Chicken Hut, pehtu baru balik umah. Penat sey!!

Mya bitaw, big bos PKBNM mo jumpa pagi Ahad jam 10.30am. Alermak! Ingatkan boleh la qada' tido, rerupanya tak berkesempatan gak lagi. Huhuhu. Malam nih tidur tak nyenyak langsung. Takut nak hadapi malam dinner keesokan hari. Cane la keadaannya nanti ek? Isk! Risau! Gundah-gulana hatiku ini.

Nota kaki bangku: Entry malam dinner akan bersambung esok! Jari-jemari aku dah lenguh menaip entry yang sungguh panjang ini. Isk!


Tuesday, August 29, 2006


*Pengsan*

Cik Tipah bz banget!

Bz sampai sesak nafas
Bz sampai saket dada
Bz sampai rasa nak meraung
Bz sampai rasa nak pengsan

Cik Tipah kena handle attendance Annual Dinner BNM
Sorang sorang
Diulangi
Sorang sorang

Bukan handle attendance untuk department Cik Tipah jek
Tapi kena handle attendance untuk the whole BNM
Yang jumlah kakitangannya melebihi 2000 orang
Cik Tipah rasa nak pengsan

Cik Tipah kena melayan kerenah2 staff
Merayu minta pergi 2nd Dinner
Merayu nak pergi 1st Dinner
Merayu delete nama dari system sebab tak jadi pergi
Merayu itu
Merayu ini
Cik Tipah rasa nak pengsan

Telefon Cik Tipah asek berdering
Dari pagi bawak sampai ke pukul 7pm
Terasa dah jadi Operator plak rasanya
Cik Tipah rasa nak pengsan

Dari minggu lepas, bawak la sampai ke hari nih
Cik Tipah bertapa dekat opis
Dari pagi sampai ke malam
Mengadap pc, kira nombor, bagi meja
Cik Tipah fobia bila tengok nombor
Cik Tipah rasa nak pengsan

Tapi....
Sebelum Cik Tipah betul2 pengsan
Baik Cik Tipah cabot lari
Esok Cik Tipah nak balik kampung
Bukan nak larikan diri, tapi nak rest sekejap
Sebelum menjalankan tugas sebagai AJK Hadiah plak nanti
Di malam dinner Ahad ni

Harap2 Cik Tipah takkan 'memengsankan' diri
Sebelum waktunya...

Sabar ye Cik Tipah
Go go chaiyook!!!

Nota kaki ayam: Sempat apdet blog nih pon sebab otak jammed yang Maha Hebat! Huhuhu.


 

 
     


Copyright (c) 2004-2006 Tipahvogue. All right reserved.
Original design by
zhoulsz